Monday, 17 October 2011

Petikan Blog : Anoizul Stories Pt 2

Blogger Anoizul telah mengemaskini blognya tentang aktiviti kelab myagrosis. Berikut adalah antara gambar-gambar aktiviti yang dipetik daripada blog beliau.







Untuk lebih berita terkini mengenai aktiviti yang telah dijelaskan, sila layari blog beliau di http://citeanoizul-stories.blogspot.com/2011/10/kelab-myagrosis-uitm-kedah-week-2.html

Myagrosis jana sumber pendapatan pelajar

Petikan Blog : Anoizul Stories



Kelab MyAgrosis UiTM Kedah (Week 1)



HuhuhuhHahahahaLalala, LETIH n BEST, seharian menjadi PETANI... ( Bermula minggu nie ANOIZUL akan melaporkan perkembangan satu projek perintis yang sedang dijalankan di UiTM Kedah), PROJEK PERINTIS (MyAgrosis) telah diumum secara rasmi oleh MENTERI (MOA) Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar pada bulan lepas, tak silap ANOIZUL di UPM, (Lanjut baca sini..) , okay abis disitu, kali nie setelah sekian lama menyepi dari involve program, dan lama benor tak buat liputan LIVE dari SITE buat program, ANOIZUL dengan minat dan ingin belajar "involve la masuk program perintis nie"...

ANOIZUL kali nie, nak stories mories tentang apa itu Kelab MyAgrosis UiTM Kedah n aktiviti sepanjang minggu nie... MyAgrosis juga dikenali sebagai (Kelab Usahawana Tani Siswa) buat pertama kalinya diperkenalkan oleh FAMA (Agensi Kementerian Pertanian Asas Tani) dengan kerjasama KPT,  telah diumumkan bulan lepas dan menyasarkan penglibatan pelajar-pelajar DIPLOMA pada mulanya TAPI disebabkan ramai pelajar DIPLOMA menghadapi peperiksaan akhir dan CUTI SEMESTER, pelajar-pelajar DEGREE telah diajak untuk menyertai program ni.., PRESIDEN Kelab MyAgrosis Saudara Syazwan (Exco Keusahawaan MPP UiTM Kedah)  telah dilantik.

Dalam laporan UTUSAN MALAYSIA (15/9)(Lanjut baca sini...), berkata PROGRAM PERINTIS ini akan bermula pada 15 Oktober, tapi secara TAK RASMI-NYA program perintis ni dah start sejak  24 Sept lagi dengan penyediaan tapak semaian pertanian, program ni juga bersambung dengan taklimat dari FAMA pada 27 Sept, dan menerangkan kaedah penanaman akan dilaksanakan melalui "Fertigasi" . 

Dan pada hari ini (1 Oktober), seramai hampir 60 orang mahasiswa dan mahasiswi kebanyakannya DEGREE Part.1 telah terlibat melengkapkan tapak semaian pertanian, Program bermula pada jam 9.30pagi   dengan taklimat ringkas oleh PENYELARAS PROGRAM (Pensyarah UiTM) dan disusuli dengan pembahagian kumpulan dan penetapan kerja, antara kerja/aktiviti-nya, penyediaan hampir 2000 lebih POLYBAG (untuk penanaman cili, bendi, terong dan nenas) , juga penyediaan asas seperti susunan kedudukan POLYBAG, penyediaan sistem pengairan dan lain-lain lagi... program untuk hari ini berakhir jam 6 petang.

Sebelum itu, Kelab MyAgrosis terbahagi kepada tiga "division" / bidang iaitu AgroFarm, AgroBussiness dan AgroInnovation (ANOIZUL memilih untuk menyertai bidang AgroInnovation), dalam maklumat lain yang didengar-dengar, pada awal bulan depan (Nov), Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani  sendiri akan turun melawat Tapak Semaian MyAgrosis yang terletak di dalam kawasan UiTM Kedah (berhampiran Pusat Islam ), juga pada bulan-bulan mendatang FAMA dengan kerjasama UiTM KEDAH juga akan menganjurkan MINI MAHA (Expo Pertanian) dan pada bulan DISEMBER, dijangka Datuk Seri Najib Abdul Razak sendiri akan merasmikan kelab MyAgrosis UiTM Kedah pada pertengahan Disember nanti... 

p/s: Seriously ANOIZUL enjoy denga aktiviti hari nie, walaupun terpaksa duk berulang-alik ke P.I untuk basahkan badan tah berapa kali... huhuhuh hari isnin nie dengar-nya nak start tanam pokok dah....
p/s: Gambar ANOIZUL tak sempat nak "capture" lagi, next time ANOIZUL akan usahakan untuk UPLOAD gambar terkini perkembangan projek MyAgrosis ni...

FAMA Sasar 19000 Pelajar IPTA






ALOR SETAR 14 Sept. - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan seramai 19,000 pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menyertai Kelab MyAgrosis menjelang penghujung tahun depan.


Pengerusi FAMA, Datuk Badruddin Amiruldin berkata, buat permulaan seramai 200 penuntut daripada pelbagai jurusan di kesemua 19 IPTA di seluruh negara disasarkan akan menjadi kumpulan pertama ahli kelab berkenaan.

Menurut beliau, kelab itu dijangka dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pertengahan Disember ini.

"Saya penuh berkeyakinan kalau kumpulan pertama ini berjaya, lebih ramai penuntut akan menyertai Kelab MyAgrosis. Sebab itu kami sasarkan setiap IPTA akan mempunyai 1,000 ahli menjelang penghujung tahun depan," katanya ketika ditemui pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri di pejabat FAMA negeri di sini, semalam.

Khamis lalu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mengumumkan bahawa Kelab MyAgrosis akan ditubuhkan di semua IPTA bagi menggalakkan lebih ramai pelajar institusi tersebut mengusahakan aktiviti pertanian moden di negara ini.

Menurut beliau, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan semua IPTA berhubung perkara tersebut dan telah mengenal pasti beberapa tapak yang sesuai bagi aktiviti berkenaan.

Badruddin berkata, menerusi kerjasama antara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama Kementerian Pengajian Tinggi, projek perintis bagi program tersebut akan dimulakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Sungai Petani pada 15 Oktober ini.

Beliau berkata, projek itu akan digerakkan dengan menggunakan model sistem pertanian dan penternakan moden dengan mengusahakan sayur-sayuran dan buah-buahan manakala satu kawasan lagi penternakan ikan hibrid.
"FAMA turut menyediakan kios bagi membolehkan hasil daripada projek ini dipasarkan menerusi jenama MyAgrosis," ujarnya.

Tambah beliau, penubuhan kelab berkenaan bukan sahaja akan mendedahkan pelajar IPTA kepada aktiviti pertanian moden bahkan mendekatkan mereka dengan jenama MyAgrosis yang sekali gus menjadi strategi pemasaran terbaik bagi jenama tersebut dalam jangka masa panjang.

"Inilah hasrat murni kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membawa generasi muda menceburi bidang pertanian yang berpotensi memberi keuntungan besar," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...